"My shadows the only one that walks beside me. My shallow hearts the only one that's beating. Sometimes i wish someone out there will find me. Till then, I walk alone..."

Everythin's Left Behind

[+]


" The thought of holding you gives me hope..."

December 15, 2006
Dunia Baru


Hari berlalu dan tarikh berganti. Di luar sana, banyak manusia yang sedang menanti. Ada yang tak sabar-sabar mengakhiri tahun ini. Meninggalkan seribu satu kisah di dalamnya yang penuh ranjau duri. Kalau menurut Islam, ikutlah jalan yang lurus untuk sampai ke destinasi impian; syurga idaman. Namun hakikatnya, jalannya tak selurus yang dibayangkan. Bukan macam jalan persekutuan. Jauh sekali umpama highway. Jalan yang perlu dilalui bukan mudah.

Sebut tentang highway, satu lagi cabaran baru yang sedia menanti pengguna jalan raya awal tahun baru ini. KENAIKAN KADAR TOL. Yang paling menyedihkan (BACA: Ini cuma salah satu yang paling, sebenarnya ada banyak lagi selain ini), kenaikan ini melibatkan laluan aku pergi dan balik kerja setiap hari. Daripada RM 1.50 akan menjadi RM 2.20. Bayangkanlah. Angankanlah. Sebab kita tak ada kuasa nak membantah. Kan pengguna-pengguna di Malaysia dah diberi hak mutlak untuk merungut, yang selebihnya, biarlah pak menteri jalan raya kita yang kaut. Untung bagi kat depa, bila tak untung kita yang papa ni yang kena. Dunia. Dunia.

Lebuhraya Utara-Selatan pun tak ada beza. Sebut aje dah dinaik taraf, daripada dua lorong kepada tiga lorong. Tapi kesesakan?? Tetap sama. Tetap macam itu juga. Entahlah macam mana lagi nak ditolong. Buat pun macam tak buat. Last-last, duit rakyat jugak yang dirembat. Dunia. Dunia.

Abang aku kata, kalau macam ni gayanya, kena buat highway bertingkat la nampaknya. Aku kata, boleh, lepas majikan swasta kita tingkatkan gaji kita jadi lima angka. Kakak aku diam saja. Orang kerajaan lah katakan. Lagi-lagi sejak ada ura-ura kadar gaji kakitangan kerajaan nak dinaikkan. Huh… Dunia. Dunia.

Pak menteri kata, kadar tol lebuhraya di negara kita jauh lebih rendah berbanding negara lain dan kerajaan tak boleh terus membayar pampasan kerana wang itu lebih wajar digunakan bagi pembangunan infrastruktur lain yang bermanfaat kepada rakyat. Aku kata, kadar gaji aku sekarang jauh lebih rendah berbanding mereka yang meluluskan kenaikan kadar tol ini dan aku tak boleh terus membiarkan wang aku mengalir ke tangan jurutol saja kerana wang itu lebih wajar digunakan bagi pembangunan modal insan (BACA: untuk kos pengajian bakal anak-anak aku pada masa hadapan).

Jadi, sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dunia serba baru ini, aku harus ambil langkah baru juga. Pastikan pekerjaan aku menjamin masa depan, sekurang-kurangnya aku harus pastikan aku juga antara yang tersenarai dalam penerima COLA (Cost of Living Allowance). Aku mesti berusaha ke arah itu. MESTI AKU KATA.

Huh… Dunia. Dunia.

[+++]

CINTA : Satu Kisah Tentang Kasih

Banyak komen positif yang aku dengar tentangnya. Tapi, tak perlu menunggu semua komen-komen positif itu. Aku ikut kata hati aku. Aku pergi menonton pada hari pertama ditayangkan, usai sahaja aku menghadiri dua interview. Alhamdulillah. Menontonnya bukan sia-sia. Dan aku rasa sangat puas hati. Walaupun masuk ke panggung dengan 1001 rasa yang berbuku di hati, 1001 rasa itu akhirnya berjaya aku novelkan. Aku jilidkan kemas dalam hati aku dan dia. Moga dia semakin mengerti bagaimana rupanya hati aku ini.

Keluar dari panggung, kami tak macam selalu.

Diam.

Mungkin diam berfikir.

Mungkin diam menyembunyikan rasa yang tak mampu dizahir.

Aku tak mahu kata banyak. Yang aku tahu, filem itu banyak membantu ikatan hati ini. Antara dia dan aku. Antara kami sama-sama tahu. Cukuplah setakat itu.

Pada mereka yang menghargai sesiapun yang anda sayangi di dunia ini, tontonlah. Dan rasakanlah sendiri kesannya. Itu saja.

[+++]

Kerja : Amanah yang takkan pernah berakhir

Sekuat mana pun kita, setabah mana pun kita, akan tiba suatu masa di mana kita harus mengalah. Mengalah bukan bererti kalah. Mengalah kerana masih ada harga diri yang harus dijunjung tinggi. Mengalah kerana esok seharusnya lebih baik daripada hari ini. Mengalah kerana keadilan dan hak asasi individu tak sepatutnya boleh dicerobohi sesuka hati. Senang kata, akar tunjangnya ikhlas. Bila akar dah goyah, macam mana dahan nak teguh berdiri. Lama kelamaan pasti rebah menyembah bumi. Aku tak mahu jadi pohon rimbun yang condong. Aku nak jadi pokok kaktus. Tetap gah berdiri, sekalipun di tengah terik mentari. Ironisnya, kesabaran aku sememangnya ada batasnya. Segala-galanya biarlah Tuhan saja yang membalasnya. Aku akan pergi dengan rasa lapang hati dan tanpa rasa sakit hati, kerana aku yakin Tuhan Maha Kaya. Airmata adalah anugerah-Nya yang tidak terhingga.

Syukran!

[+++]

Hadiah : Sesuatu yang tak ternilai dengan wang ringgit.

Aku terima sebuah akuarium lengkap dengan ikan. Itu amanahnya pada diri aku. Jaga sebaik mungkin, sebagaimana aku jaga hubungan kami selama ini. Tanggungjawab yang agak berat aku rasa. Tapi sebaiknya akan aku usahakan. Ikan-ikan itu hadir bersama dengan ketenangan yang dia mahukan dalam hati aku. Tak seperti kucing, ikan ada keajaibannya tersendiri. Mampu menenangkan hati yang gundah. Mampu buatkan aku lupakan sebentar segala masalah.

Terima kasih sekali lagi. Sangat suka. Dan aku betul-betul teruja lihat mereka membesar depan mata.